HTML Content

Thumbnails allows any HTML content

Customizable

Thumbnail style is customizable

Variety of Layouts

Just a CSS tweak.

Integration

Built-in functions for the thumbnails

Monday, April 25, 2011

Ukhuwwah Bukan Persahabatan (Memoir Indah Di Bumi Tarbiyyah)

UKHUWWAH (bukan 'ukwah' kimi deh, Muhsin please take note...hehe). Satu perkataan yang tak pernah wujud dalam kamus hidup aku sehinggalah kakiku mula menjejak masuk ke alam pendidikan menengah. Bukan bermakna pada zaman kanak-kanak, aku tak berkawan, dan tak bersahabat dengan orang lain. Kawan, sahabat dan rakan-rakan itu sudah menjadi elemen wajib dalam hidup setiap kanak-kanak. Tambah pula anak kampung seperti aku. Kanak-kanak ribena 'sihat' yang hidupnya penuh dengan fantasi dan kreativiti. Cakap saja apa jenis permainan kampung yang aku tak pernah cuba. Daripada berlaga buah getah, bola kaki tiga, polis sentri, berambat boyo (kejar-kejar buaya), lompat getah, bedil buluh pleting, mercun taik lembu (yekk...) sehinggalah berkubang dalam tali air, berenang bersama lintah dan pacat, semuanya dilalui bersama abang-abang dan rakan-rakan. Ya, aku seorang kanak-kanak aktif, dan sebab itulah aku sihat sampai sekarang (Alhamdulillah). Tetapi semuanya itu aku lalui tanpa pengertian tentang sebuah ikatan ukhuwwah. Aku tak pernah tahu wujudnya sebuah perkataan 'ukhuwwah' dan kalau aku tahu pun, perkataan tersebut tiada bezanya bagi aku dengan persahabatan biasa. Sehinggalah kaki ku mula menjijak masuk ke sebuah bumi tarbiyyah.

Aku patut berterima kasih kepada umi dan abi kerana tak pernah memaksa aku dalam memilih aliran dalam hidup ku. Tak pernah paksa aku untuk terima tawaran MRSM, apatah lagi menyuruh aku ke sekolah harian biasa. Juga atas semangat dan dorongan secara tidak langsung daripada kedua abang ku, Maahad mula menjadi target utama aku untuk melanjutkan pelajaran peringkat menengah. Kerana melihat mereka berdua masuk ke Maahad, aku pun ingin ke sana juga. Walaupun aku tak tahu apa itu 'Maahad'. Pertama kali kaki menjejak masuk ke Maahad, hatiku berdegup kencang. Ujian penulisan dan ujian lisan Al-Quran dan Jawi, syarat yang harus dilalui oleh setiap pemohon yang bercita-cita menceduk ilmu di bumi tarbiyyah ini. Jawi...small matter. Memang dari kecik aku di ajar mengenal jawi. PASti Nahdatul Ulum telah menyiapkan aku dengan semuanya itu. Tapi, masalah aku ialah...Al-Quran. hehe...jujur, memang aku liat membaca al-Quran. Tali pinggang abi selalu menjadi pemangkin untuk aku membaca al-Quran. Aku bertukar menjadi budak gagap bila berhadapan dengan al-Quran (sekarang pun masih tergagap-gagap). Itulah yang membuatkan aku berdebar dan kenaling pah ko otok. Nasib menyebelahi aku tatkala ujian lisan dibuat. Aku demam, dan hampir 90% suaraku hilang. Antara dengar tak dengar, Ustaz Abdullah terpaksa membuka telinganya semaksima mungkin untuk mendengar bacaan aku dan turut dibantu pula oleh bacaan sahabat disebelah...Satu advantage besar bagi aku...yesss...!!!

Namun, takdir Allah telah menentukan nama aku tersenarai sebagai penuntut di bumi semaian dakwah dan ukhuwwah ini. Ya, di sinilah aku mula mengenal pengertian sebenar ukhuwwah fillah yang selalu meniti dibibir kebanyakkan pelajar-pelajar daripada aliran agama. 'Salam ukhuwwah' dan 'ukhuwwah fillah' menjadi frasa dan tema perkenalan kami. Proses pentarbiyyahan bermula sebaik saja nama ku didaftarkan secara rasmi. Minggu-minggu terawal aku di sini dilalui dengan minggu orientasi. Minggu Ta'ruf dan Orientasi (MITASI) adalah saat-saat manis perkenalan dengan sahabat-sahabat yang bakal menjadi saudara seperjuangan yang memberi seribu satu makna dalam hidup ku hingga ke hari ini. Suatu permulaan kepada sebuah ikatan ukhuwwah yang kukuh dan utuh.

MITASI...he2...aku selalu tersenyum bila mengenangkan saat-saat itu. Hasil daripada basuhan dan rendaman 'clorox' MITASI, tahun pertama dan tahun kedua aku di Maahad, aku rasakan diri ini bagaikan malaikat. fuhh...tawadduknya beghaso time tu. Kopiah adalah komponen wajib dalam uniform sekolah. "Kita ni budak Maahad, kalau keluar ke bandar, pastikan kopiah atas kepala", kata Najman dengan penuh ketaqwaan seperti yang didakwa oleh Faisal yang sering tersipu-sipu malu penuh makna. Saat itu, pijak semut pun tak mati (memang laa...belum pernah aku tengok orang mati pijak semut...he2). Jalan pun tunduk ke tanah. Mungkin kerana sebab barjalan tunduk itulah yang menyebabkan sahabat ku Azmeer terlanggar bas. Bukan dilanggar bas, tapi terlanggar bas. Gedegang...jatuh tersungkur. Nasib baik bas tengah parking. Kalau bas bergerak, sampai hari ini, aku akan terus mengalunkan bacaan Yasin untuk mu sahabat ku.


Hari-hari silih berganti, siapa sangka 2 orang sahabat sekolah rendah yang mula ku kenali dalam kelas 5 Mutiara, turut bersama aku menceduk ilmu di bumi bertuah ini. Hazmi dan Suhaimi (apa khabar sahabat hok sorang ni. lamo sungguh tak jumpa). Hazmi and the gang datang menyapa aku saat kali pertama aku memasuki kelas 5 Mutiara. "Hai, nama awak siapa? Boleh berkenalan?", mereka bertanya penuh skema. Haha...bertepuk bertampar, dikejar dengan penyapu atas sebab yang aku sendiri kurang jelas...sudah lupa. Mengah aku dibuatnya. Dengan tubuh ku yang solid perkasa ini, berlari keliling sekolah anak angkat tentera itu, dikejar oleh seorang budak yang juga merangkap anak kepada Ustazah Zainab. (Letih wei hungga. Bakpo eh mu hambat aku dulu mie?berebut awek idaman SK Kem ko?haha...ambik laa nk gak.aku sanggup cari lain demi seorang sahabat...heh). Sosok kecil itu rupanya tersirat penuh bakat kepimpinan yang kian terserlah. Daripada budak hingusan yang suka mengejar orang dengan penyapu tanpa asbab yang jelas, nyata tarbiyyah Maahad telah mengubah personaliti dan menggilap cermat setiap bakat yang ada pada dirinya. Setiap pertemuan dengannya kini pasti tidak lekang daripada huraian ayat-ayat hafalannya. Penuh hikmah atas setiap nasihat.  

Sesungguhnya UKHUWWAH itu nasihat...Subhanallah.

Erm...ok. next person yang mengajarkan aku erti sebenar pengertian perkataan ukhuwwah itu adalah seorang budak misteri yang secara jujurnya sukar untuk ku kenali personalitinya secara tepat pada peringkat awal pertemuan kami.Hingga ke saat ini masih ada misteri yang belum terungkai pada nama samarannya, Achik Sd.

...BERSAMBUNG...

0 comments:

Post a Comment