HTML Content

Thumbnails allows any HTML content

Customizable

Thumbnail style is customizable

Variety of Layouts

Just a CSS tweak.

Integration

Built-in functions for the thumbnails

Wednesday, March 30, 2011

Hatiku Milikmu


"Man kau dah siap? cepatlah sikit...Kan Ketua pengawas tak bagi masuk Dewan karang,baru padan muka."Laung Dannis kepada Azman. "Kejaplah,Aku nak pakai tali leher je ni.Jangan tergopoh-gopoh,tak elok."Azman cuba menenangkan sahabatnya itu sambil dia berlari keluar dari asrama.

Azman melihat Dannis sudah jauh berjalan."Woiii tunggu aku" Azman berlari-lari mengejara Dannis. "Wei,kata jangan tergopoh-gopoh,yang ko sampai berpeluh macam baru habis larian pecut ni apsal?"Danni smenyindir Azman. "Sape suruh ko tak tunggu"Marah Azman. Dannis yang suka mengenakan kawan-kawannya hanya tersenyum sahaja.

Di dalam dewan peperaiksaan mereka berjaya menjawab dengan baik.tidak sia-sialah mereka bersengkang mata semata-mata mahu cemerlang dalam SPM kaliini.Hari itu adalah hari terakhir bagi peperiksaan yang perlu mereka hadapi.Beg dan pakaian semua telah disiapkan.Azman dan Dannis tidak sabar untuk pulang ke kampung. Namun sebelum pulang,mereka merancang untuk berkelah di tepi pantai. Nak hilang stress katakan.

"Wei cepatlah mandi,lembab betul la ko ni Dannis.Aku dah sampai kat tengah laut dah ni" Laung Azman dengan seronoknya. Dannis berlari-lari anak menuju ke pantai. Mereka memang betul-betul ingin melepaskan segala bebanan semasa belajar dahulu,sampai dua jam mereka mandi. Mereka betul-betul puas kerana dapat melepaskan segala keletihan dan penatlelah semasa belajar dahulu.

Mereka berdua berjalan ke tempat beg pakaian mereka. "Woii kau curi makanan kami ye.." jerkah Azman kepada seorang budak perempuan yang sedang makan makanan ringan mereka.Lantas Azman mengambil kayu untuk memukul budak itu. Dengan secepat kilat Dannis menghalang Azman."Man!!! apa kau nak buat ni?Cuba kalau kita tanya dulu kenapa dia makan makanan kita,ntah-ntah dia lapar sangat ke.."marah Dannis. Azman menurunkan Kayu yang di angkatnya.Dia terkesima dengan jerkahan Dannis tadi

Monday, March 21, 2011

Warkah Dari Seseorang : Tentang Aurat


Aduh...kepala masih lagi pening-pening. Lagi 3jam midsem automobil akan bermula. Sekadar mengambil sedikit masa selingan untuk menulis. Rasanya sudah lama tak menulis dan blog ini pun sudah lama menyepi dari pengisian. Errmmm...nk tulis apa yer. Sebentar tadi sempat membuka dan meneliti himpunan mesej-mesej lama dalam inbox, tiba-tiba terlihat satu pesanan dari seseorang yang tidak dikenali bertanya dan merespon teguran tentang aurat. Antara isinya:

"assalamualaikum, encik.. saya tidak menyalahkan encik kerna menegur saya,saya sedar sya islam. dan saya salah kerana meletak gmbar tidak menutup aurat..... dan sebagai seorang islam,saya tahu batas meletak gmabr di facebook..jika hendak dibandingkan dgn gambar2x org lain iatu yang berjuta yang digelar "muslim" yang lagik seksi,lagik menjolok mata dgn aksi yang terlampau...jangan menegur seseorang bersandarkan "PHYSICAL" / "GAMBAR"... Walaupun,saya meletal gamabr yg dikatakan agak seksi.. tetapi,saya jugak masih berpegang pada agama,cthnye,saya sembahyang,membaca al-quran dan paling penting menjaga kesucian perempuan.. JIKA hendak dibandingkan dgn perempuan yang "MENUTUP AURAT" tetapi dalaman ,sape yang tahu???Saya mempunyai ramai kwan perempuan iaitu "berpakaian penuh menutup aurat" tapi.MASYAALLAH,tuhan saje yang tahu... die tido dgn lelaki,pegi clubbing..dan semua2x tue.. jadik saya rasa encik tidak perlulah menegur secara "terang-terangam mcm tue" tmbah lagik di comment.bukankah ramai org dapat melihat comment encik itu....jika hendak menegur pun,menegur lah melalui mesej ok..bukan dgn cara yang boleh memalukan seseorang.. okeyh ENCIK..sperti yang saya kata tadik,JANGAN LAH MENEGUR SESEORANG ITU HANAYA BERLANDASKAN FISIKAL SEMATA2X.." 

Himpunan Anak Muda Kelantan 2011

Program Solat Hajat dan Jamuan bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

Tarikh: 9 April 2011 (Sabtu)
Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: Bermula 5.00 petang hingga 11.30 malam
Anjuran: Markaz Siswazah Kelantan

Untuk pendaftaran awal sila

Thursday, March 10, 2011

Mereka Yang Gagal Memahami Erti Zina Hati (2)

CONTOH-CONTOH KEKELIRUAN

1) "Astaghfirullahalazim!  Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram  sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM berdosa"

Komen saya: Alangkah jahilnya. Bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap haram dan berdosa???

2) Zinanya hati ini berlaku apabila hati kita menginginkan sesuatu yang haram bagi kita secara berlebih-lebihan. Sebagai contoh, keinginan itu seperti ingin dirindui, dicintai, dibelai, mengingati si dia lebih daripada kita mengingati Tuhan.

Komen saya: Masih gagal memahami maksud zina hati dengan baik. Yang pertama katanya zina hati adalah: Menginginkan perkara haram secara berlebihan. Kalau begitu,  menginginkan perkara haram secara tak berlebihan tu kira oklah ya??? 

Yang kedua, contoh yang diberikan itu satu pun tidak termasuk dalam zina hati, hal-hal itu bukan termasuk dalam bab zina hati, tetapi termasuk dalam bab lagho dan melakukan perkara yang harus dengan berlebihan.

Mereka Yang Gagal Memahami Erti Zina Hati (1)

“Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda.

            “Itulah dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan zina hati maka saya putuskan”

            Seringkali saya mendengar kata-kata seperti itu keluar melalui kata-kata atau tulisan daripada mereka yang melibatkan diri dengan gerak kerja persatuan-persatuan Islam atau kerja-kerja dakwah remaja.

            Pada mulanya saya buat tak kisah atau dengan kata lain buat tak pot kerana saya menganggap kes-kes itu sebagai kes terpencil yang biasanya berlaku di zaman sekolah menengah. Biasalah tu budak-budak sekolah yang baru dalam proses pra-matang kepada matang, baru nak up orang kata, pedulikanlah.