HTML Content

Thumbnails allows any HTML content

Customizable

Thumbnail style is customizable

Variety of Layouts

Just a CSS tweak.

Integration

Built-in functions for the thumbnails

Monday, September 20, 2010

Kempen Kesedaran Anak Muda Kelantan: Tingkatkan Jatidiri, Jauhi Gejala Sosial



Maksud firman Allah S.W.T :

"Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada bahaya api neraka"
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)


Wahai Anak Muda! Sedarilah bahawa anda adalah:
  • Harta ibu bapa, masyarakat dan negeri yang paling bernilai;
  • Harapan ibu bapa, masyarakat dan negeri untuk mewarisi kepimpinan ummah di masa akan datang;
  • Cermin kepada bentuk masyarakat di masa hadapan

Justeru wahai remaja:
  • Persiapkan diri anda dengan ilmu secukupnya;
  • Muliakan diri anda dengan iman dan taqwa;
  • Hiasilah diri anda dengan akhlak yang paling mulia;
  • Jangan sekali-kali terjebak dalam gejala sosial.

Sunday, September 19, 2010

Gambar Sultan Kelantan di Masjid Telipot


Dengan gaya bersahaja memandu sendiri keretanya, tentu saja lelaki ini adalah orang kebanyakan. Sekilas pandang, tentu sekali tiada siapapun yang menyangka bahawa lelaki berkemeja T putih ini seorang yang amat disanjungi rakyat. Seorang yang peramah,mesra dan mudah didekati, rupa-rupanya lelaki ini adalah pemimpin tertinggi sebuah kerajaan. Memang beginilah sifatnya sebelum dan selepas menaiki takhta kerajaan. Lebih selesa berjubah dan berkopiah putih, jelas membezakan keperibadiannya dengan pembesar-pembesar lain. 

Laungan takbir 'Allahuakbar'  bakal bergema menggantikan laungan keramat 'Daulat Tuanku'. Inilah titah perintah pertama Baginda selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Muhammad ke-V pada tanggal 4 Syawal 1431 bersamaan 13 September 2010. Insyaallah, seluruh lapisan rakyat negeri Kelantan khususnya mengharapkan gandingan Tuanku Muhammad Faris Petra dengan saf-saf kepimpinan ulama bakal mencetuskan satu transformasi besar dalam struktur dan dasar pemerintahan untuk membentuk sebuah kerajaan Islam yang syumul lantas memberi impak yang besar kepada struktur pemerintahan negara.

Monday, September 6, 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri AMAL 2010



Alhamdulillah, Syawal yang dinanti tiba lagi. Penganjuran Rumah Terbuka Alumni Maahad Muhammadi (AMAL) akan diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya. Program yang telah menjadi satu wadah penyatuan warga Maahad ini bakal menghimpunkan seluruh warga Maahad dari ia mula ditubuhkan.

Salam Eidulfitri 1431H, Maaf Zahir Batin

Kepada Semua Sahabat …

Agar Idul Fitri 1431 H benar-benar bermakna, sebaiknya seorang Muslim hendaknya memperhatikan adab berhari raya. Rasulullah SAW telah memberi contoh dan teladan tentang adab berhari raya.

Dalam Kitab Mausuu'atul Aadaab Al-Islaamiyyah, Syekh Abdul Azis bin Fathi As-Sayyid Nada menjelaskan adab berhari raya secara rinci. Lalu apa saja adab yang perlu diperhatikan saat berhari raya?

Pertama, niat yang benar.
Niat yang benar merupakan dasar dari semua urusan. ''Wajib bagi seorang Muslim menghadirkan niat yang benar dalam segala perkara berkaitan dengan hari raya, seperti berniat ketika keluar rumah untuk shalat demi mengikuti Nabi SAW,'' ungkap Syekh Sayyid Nada.

Pasangan Yang Bergelap Kian Pupus

Sunday, September 5, 2010

Singgahanku di Gubuk Musafir

Gubuk Musafir


Kata Tuan Guru Nik Aziz...
" Kita semua adalah musafir di Bumi ini.. Sebagai musafir tentulah kita perlukan bekalan dan tempat berehat.. Jangan terlalu mengejar destinasi sampai terlupa melihat dan memenuhi bekalan.. Perjalanan panjang.. Kadang2 kita perlu berehat di pohon yang rendang tapi jangan terlalu lama sehingga kita terlupa untuk meneruskan perjalanan.. "

Kita hidup dalam perjalanan. Sebuah perjalanan panjang menuju sebuah destinasi abadi. Hakikat dunia hanyalah sebuah teratak usang menjadi tempat sang musafir menumpang teduh. Sebuah gubuk yang menunggu saat, menanti waktu untuk runtuh. Ya, pasti lambat laun gubuk ini pasti hancur.