HTML Content

Thumbnails allows any HTML content

Customizable

Thumbnail style is customizable

Variety of Layouts

Just a CSS tweak.

Integration

Built-in functions for the thumbnails

Thursday, April 28, 2011

Lebah Oh Lebah...

Lebah adalah diantara makhluk Allah yang terukir dalam lembaran Al-Quran. Allah S.W.T telah mencipta lebah dengan sifat-sifat istimewa yang memberikan banyak manfaat kepada manusia. Antara ayat yang merakamkan kisah tentang lebah ini ialah: ''Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, buatlah sarang-sarang dibukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin...

Wednesday, April 27, 2011

Bila Ajal Datang

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu; 1. Keluarga 2. Hartanya 3. Amalnya Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu; 1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali 2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya. Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan.. - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia...

Tuesday, April 26, 2011

Amanah Teristimewa

If you cannot see the audio controls, listen/download the audio file here Tuhan...Bersyukur pada Mu,Kurniakan aku teman,Penawar keresahan,Penghibur kesepian, Tuhan...Hanyalah pada Mu,Tempat aku memohon,Berkatilah dia,Sayangilah dia, Keindahan akhlaknya,Kemuliaan kepada diriku,Keikhlasan senyumannya,Kebahagiaan di hatiku,Kesantunan peribadinya,Melembutkan jiwaku,Ketaqwaan...

Monday, April 25, 2011

Ukhuwwah Bukan Persahabatan (Memoir Indah Di Bumi Tarbiyyah)

UKHUWWAH (bukan 'ukwah' kimi deh, Muhsin please take note...hehe). Satu perkataan yang tak pernah wujud dalam kamus hidup aku sehinggalah kakiku mula menjejak masuk ke alam pendidikan menengah. Bukan bermakna pada zaman kanak-kanak, aku tak berkawan, dan tak bersahabat dengan orang lain. Kawan, sahabat dan rakan-rakan itu sudah menjadi elemen wajib dalam hidup setiap kanak-kanak....

Friday, April 22, 2011

Ringkasan Khutbah (19 Jamadil Awwal 1432 / 22 April 2011)

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Al-Khaliq Yang Maha Genius kerna masih diberikan nafas iman, Islam dan taqwa. Sedikit ringkasan tentang Khutbah Jumaat 19 Jamadil Awwal 1432 bersamaan 22 April 2011 di Surau Annur Bandar Baru Bangi yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Idris Ahmad berkaitan dengan '5 Alasan Kaum Quraisy Menolak Dakwah Rasulullah S.A.W'. Ustaz Idris Ahmad telah memperincikan tentang alasan-alasan kaum Quraisy yang menolak seruan Islam meskipun menyedari tentang kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi S.A.W....

Thursday, April 21, 2011

Malunya Seorang Wanita Islam : Antara Tuntutan dan Keperluan

sedikit perkongsian ku hadiahkan buat sahabat-sahabatku tegakkan tarbiyah, lentur dirimu dimana masih bengkok, kapada muslimat-muslimat bakal pencetus, pendokong ke arah membina generasi Salahuddin al-Ayyubi dan Muhammad Al-Fateh... MUKADDIMAH  Dulu-dulu saya ada ditanya oleh bekas pelajar saya ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog dan friendster. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang...

Friday, April 15, 2011

Pidato Ustazah Cilik

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... saya nak ngepek ni (saya nak membebel ni). kalau tok ngepek tok jadi (kalau tak membebel tak menjadi). tengok loni (tengok sekarang ni), koho sari koho berat (semakin hari semakin teruk), koho sari koho berat (semakin hari semakin teruk)..........atau pun takpo (atau pun tak mengapa). anok nak ngaji sekolah tadika pun tak buleh (anak nak belajar sekolah agama pun tak bagi). kalu ngaji sekoloh siam phado sangat (kalau belajar sekolah kebangsaan (siam) ambil berat sangat). pagi2 gi hantar (pagi-pagi...

Tuesday, April 5, 2011

Pesanan Buat Wanita (Wanita Ideal Dalam Islam)

Baiklah, boleh Tok Guru berikan gambaran bagaimana kehidupan wanita yang ideal dalam Islam?  Yang saya naknya, kalau boleh seorang wanita menjaga anak-anak, kerana inilah perkara pertama yang Allah SWT ciptakan wanita. Ini kerana, bila seorang suami seawal pagi telah pergi berkerja, maka anak-anak akan berada di atas riba ibu. Maka ibulah yang membentuk sahsiah anak kita. Dan, Nabi Muhammad SAW bersabda, tiap-tiap seorang bayi sewaktu dilahirkan adalah dalam keadaan bersih. Jadi, ibubapalah yang menjaga peribadi dan jasmani anaknya.  Bapa...

Pesanan Buat Anak Muda

Soalan terakhir, boleh Tok Guru tinggalkan sedikit pesanan untuk anak-anak muda kita?   Anak-anak muda adalah pelapis bagi ibubapa yang sudah menjengah usia tua. Dan anak muda sendiri pun sedang menuju ke zaman tua. Oleh yang demikian, selain kita berfikir tentang masalah akhirat, kita juga mesti berfikir masalah tua. Kalau setiap manusia berfikir tentang masalah tua, maka masalah akhirat selamatlah dia. Jadi muslim khasnya, perlulah berfikir mengenai masalah masadepan; maksud masadepan ini bukannya masalah tua sahaja, tetapi...

Saturday, April 2, 2011

Andai Malaysia Diserang

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain…. Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat...