HTML Content

Thumbnails allows any HTML content

Customizable

Thumbnail style is customizable

Variety of Layouts

Just a CSS tweak.

Integration

Built-in functions for the thumbnails

Monday, September 20, 2010

Kempen Kesedaran Anak Muda Kelantan: Tingkatkan Jatidiri, Jauhi Gejala Sosial



Maksud firman Allah S.W.T :

"Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada bahaya api neraka"
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)


Wahai Anak Muda! Sedarilah bahawa anda adalah:
  • Harta ibu bapa, masyarakat dan negeri yang paling bernilai;
  • Harapan ibu bapa, masyarakat dan negeri untuk mewarisi kepimpinan ummah di masa akan datang;
  • Cermin kepada bentuk masyarakat di masa hadapan

Justeru wahai remaja:
  • Persiapkan diri anda dengan ilmu secukupnya;
  • Muliakan diri anda dengan iman dan taqwa;
  • Hiasilah diri anda dengan akhlak yang paling mulia;
  • Jangan sekali-kali terjebak dalam gejala sosial.








Insaflah Wahai Remaja:

Anda berasal daripada TIADA, kemudian dikandungkan oleh ibu, dibesarkan oleh ibu dan bapa. Justeru, apakah anda sanggup tergolong dalam golongan ANAK YANG DURHAKA??? katakan TIDAK!!!



Hidup ini adalah PINJAMAN dan SEMENTARA. Kita akan TIADA selepas ini. Bagaimana agaknya kita di alam KUBUR???PADANG MAHSYAR??? TITIAN SIRAT???


Rasulullah S.A.W berpesan:

Tidak berganjak kaki anak Adam pada Hari Qiamat, sehingga ditanya EMPAT perkara:-
  • Tentang UMURnya, ke mana dihabiskan?
  • Tentang masa REMAJAnya, bagaimana ia menghadapi ujian diwaktu tersebut?
  • Tentang HARTAnya, di mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan?
  • Tentang ILMUnya, apakah dia telah beramal dengan ilmunya?

Ketahuilah Wahai Remaja: Hidup Anda Dalam Bahaya Sekiranya:
  • PELAJARAN anda lemah;
  • Suka PONTENG sekolah;
  • LEPAK adalah budaya hidup;
  • Gemar BERFOYA-FOYA;
  • SOLAT tidak sempurna;
  • Suka mendedah AURAT;
  • BerGAUL dengan orang rendah akhlak;
  • Terlalu terdedah kepada INTERNET;
  • Suka kepada HIBURAN melampau;
  • Selalu dimarahi IBU BAPA dan GURU;
  • Rasa diri anda SEMPURNA


KATAKAN TIDAK KEPADA:
  • Melepak
  • Lari dari rumah
  • Lumba haram
  • Bohsia/bohjan
  • Merokok
  • Minum arak
  • Penyalahgunaan dadah
  • Menonton video lucah
  • Berpakaian tidak senonoh
  • Mengunjungi kelab malam/disko
  • Gangsterisme
  • Ponteng sekolah
  • Vandalisme
  • Perceraian
  • Sumbang mahram
  • Penderaan
  • Buang anak
  • Khalwat
  • Berkelakuan tidak sopan
  • Berzina
  • Pondan/gay
  • Pengkid
  • Pergaulan bebas


Justeru, BAIKILAH diri anda SEGERA dan JANGAN TERSILAP PERHITUNGAN.
ANDA MAMPU BERUBAH
Segala-galanya di Tangan Anda



Maklumat Lanjut:
Sila Hubungi
URUSETIA PEMBANGUNAN INSAN, BELIA, SUKAN DAN NGO NEGERI KELANTAN
Tel: 09-7434477 Faks: 09-7434476
 

0 comments:

Post a Comment