HTML Content

Thumbnails allows any HTML content

Customizable

Thumbnail style is customizable

Variety of Layouts

Just a CSS tweak.

Integration

Built-in functions for the thumbnails

Sunday, September 19, 2010

Gambar Sultan Kelantan di Masjid Telipot


Dengan gaya bersahaja memandu sendiri keretanya, tentu saja lelaki ini adalah orang kebanyakan. Sekilas pandang, tentu sekali tiada siapapun yang menyangka bahawa lelaki berkemeja T putih ini seorang yang amat disanjungi rakyat. Seorang yang peramah,mesra dan mudah didekati, rupa-rupanya lelaki ini adalah pemimpin tertinggi sebuah kerajaan. Memang beginilah sifatnya sebelum dan selepas menaiki takhta kerajaan. Lebih selesa berjubah dan berkopiah putih, jelas membezakan keperibadiannya dengan pembesar-pembesar lain. 

Laungan takbir 'Allahuakbar'  bakal bergema menggantikan laungan keramat 'Daulat Tuanku'. Inilah titah perintah pertama Baginda selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Muhammad ke-V pada tanggal 4 Syawal 1431 bersamaan 13 September 2010. Insyaallah, seluruh lapisan rakyat negeri Kelantan khususnya mengharapkan gandingan Tuanku Muhammad Faris Petra dengan saf-saf kepimpinan ulama bakal mencetuskan satu transformasi besar dalam struktur dan dasar pemerintahan untuk membentuk sebuah kerajaan Islam yang syumul lantas memberi impak yang besar kepada struktur pemerintahan negara.

0 comments:

Post a Comment