HTML Content

Thumbnails allows any HTML content

Customizable

Thumbnail style is customizable

Variety of Layouts

Just a CSS tweak.

Integration

Built-in functions for the thumbnails

Monday, March 21, 2011

Warkah Dari Seseorang : Tentang Aurat


Aduh...kepala masih lagi pening-pening. Lagi 3jam midsem automobil akan bermula. Sekadar mengambil sedikit masa selingan untuk menulis. Rasanya sudah lama tak menulis dan blog ini pun sudah lama menyepi dari pengisian. Errmmm...nk tulis apa yer. Sebentar tadi sempat membuka dan meneliti himpunan mesej-mesej lama dalam inbox, tiba-tiba terlihat satu pesanan dari seseorang yang tidak dikenali bertanya dan merespon teguran tentang aurat. Antara isinya:

"assalamualaikum, encik.. saya tidak menyalahkan encik kerna menegur saya,saya sedar sya islam. dan saya salah kerana meletak gmbar tidak menutup aurat..... dan sebagai seorang islam,saya tahu batas meletak gmabr di facebook..jika hendak dibandingkan dgn gambar2x org lain iatu yang berjuta yang digelar "muslim" yang lagik seksi,lagik menjolok mata dgn aksi yang terlampau...jangan menegur seseorang bersandarkan "PHYSICAL" / "GAMBAR"... Walaupun,saya meletal gamabr yg dikatakan agak seksi.. tetapi,saya jugak masih berpegang pada agama,cthnye,saya sembahyang,membaca al-quran dan paling penting menjaga kesucian perempuan.. JIKA hendak dibandingkan dgn perempuan yang "MENUTUP AURAT" tetapi dalaman ,sape yang tahu???Saya mempunyai ramai kwan perempuan iaitu "berpakaian penuh menutup aurat" tapi.MASYAALLAH,tuhan saje yang tahu... die tido dgn lelaki,pegi clubbing..dan semua2x tue.. jadik saya rasa encik tidak perlulah menegur secara "terang-terangam mcm tue" tmbah lagik di comment.bukankah ramai org dapat melihat comment encik itu....jika hendak menegur pun,menegur lah melalui mesej ok..bukan dgn cara yang boleh memalukan seseorang.. okeyh ENCIK..sperti yang saya kata tadik,JANGAN LAH MENEGUR SESEORANG ITU HANAYA BERLANDASKAN FISIKAL SEMATA2X.." 


Aduh...jenuh jugak nk fikir jawapannya. Memang silap jugak aku tegur dia begitu. Spontan jer keluar. Entahlah. Mungkin emosional sangat time melihat gambar-gambar tu. Lebih-lebih lagi, jelas pada profilenya tertera perkataan ISLAM. Mungkin inilah Islam Sederhana kot...he2...Terus post comment kat gambar tu. Tak sangka akan mendapat respon daripadanya. Dan terpaksalah juga untuk aku menjelaskan padanya walaupun aku bukanlah dari kalangan yang pakar apatah lagi aku tak pernah berhadapan dengan situasi sebegini sebelum ni.

Jawapan: 

"waalaikumussalam..
maafkan saya saudari...mmg slh besar sy menegur begitu...sy tak pndai menegur dan tak pernah menegur..ntah knapa sy tergerak hati utk menegur.ianya random..saudari sila delete comment sy tu yerr...

tp utk menambahkan kefahaman kita bersama.bkn soal meletakkan gmbar saja sbnarnya ttpi berkait dgn perlakuan kita seharian..

dan bkn berkait dgn apa yg kita buat, org lain tak buat tp berkait dgn hukum dan perintah Allah.

tahniah dan sy puji saudari sbb saudari masih berpegang teguh dgn ajaran Islam dlm situasi rmai remaja kita yg langsung meninggalkan ajaran Islam malah solat pn entah ke mana....tp, bkn beerti bila kita buat satu perkara baik, perkara buruk yg kita buat takkan diambil kira oleh Allah.sbb Allah menyuruh kita buat kebaikan dan tinggalkan keburukan.

Sy yakin, bila saudari solat, saudari tentu lengkap bertelekung kan?tak sah jika solat tak tutup aurat kan?hehe...

alhamdulillah...mgkn itulah saat paling indah dlm hidup kita org Islam.saat menghadap Nya dlm keadaan lengkap menutup aurat.persoalannya, kenapa bila menghadap Allah, kita menutup aurat, tp bila keluar kita bukak semuanya?

errmm...pkai tudung dan buat jahat??

sy yakin saudari seorang yg baik dan lemah lembut.cara saudari respon pn dh lain.biasanya org akan melenting bila ditegur.maki hamun yg biasa keluar.tp saudari ni lain.malah sempat lg menegur sy...terima kasih byk2...sekali lg, sila delete komen sy :)

alangkah indahnya jika seorang yg baik hati itu menutup aurat...jauh lebih baik dari mereka yg menutup aurat tp busuk hati.satu advantage buat saudari...

(dan, seseorang yg bertudung belum tentu menutup aurat.hmm..bagaimana yerr???rujuk di sini http://jendelahikmah05.blogspot.com/2007/06/menutup-aurat-bukan-sekadar-pakai.html)

sy selalu dinasihati, "jangan kita bandingkan diri kita dgn org yg lebih buruk (perangai) dari kita. bandingkan diri kita dgn orang yg jauh lebih baik dari kita"

dari situ, barulah boleh kita jdkan benchmark utk kita jd lebih baik.

biarkan mereka yg bertudung tp buruk perangai tu.jgn banding dgn mereka. sbb bkn mereka idola kita.idola kita adalah Rasulullah S.A.W.

dan jgn menegur org berdasarkan fizikal tu mmg sy setuju...tp cuba saudari fikirkan, kenapa sy tergerak hati utk menegur saudari sedangkan sy tidak kenal saudari langsung? kenapa sy tidak menegur mereka yg tidak meletakkan gmbar2 mereka?

dan last skali persoalan tntang pakaian kita dan kesannya pd org lain.jika kita tidak menutup aurat, apatah lg berpakaian seksi dan mencolok mata, mata yg memandang itu akan menanggung dosa, dan dosa itu berpunca daripada kita...kita juga berdosa. 2 dosa yg kita dapat. dosa melanggar perintah Allah (menyuruh kita tutup aurat) dan dosa kerana membuat orang lain berdosa. andaikan satu mata melihat, satu dosa kita dapat. jika ribuan mata melihat???sebagai orang Islam, kita wajib menjaga tpi kain org lain dalam hal yg berkait dengan dosa dan pahala...apatah lg jika dosa itu berpunca daripada diri kita...

alhamdulillah saudari peka dgn kesucian diri...rmai anak gadis yg langsung tak jaga kesucian.

tp kesucian yg sebenarnya ialah menjaga anggota daripada pandangan org ramai.

mutiara yg paling berharga ialah mutiara yg berada didasar yg paling dalam.dan apabila kita memiliki mutiara tersebut, tentu kita tak pamerkan kepada org sembarangan dan kita takkan biarkannya diluar rumah.dan mutiara itu hanya milik org yg benar2 layak utk memilikinya (suami kita).


sekali lg sy minta maaf kerana terlanjur menegur saudari dan cara sy menegur mmg salah.tp saudari telah menasihati sy, terima kasih byk2.insyaallah, sy akan ingt dan amalkan teguran saudari.sekali lagi, sila delete komen saya...

sy mohon maaf dan mengharapkan saudari tidak menyalahkan sy kerana cuba ,menegur...

jika saudari rajin membaca al-Quran, dan sy yakin saudari rajin membacanya, saudari akan jumpa ayat ini:
"Dan tetaplah memberi peringatan, Karena Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (az-Zariyat;55)

semoga kita tergolong dalam orang yang bkn saja Islam, tp juga BERIMAN."


Semoga Allah S.W.T memberikan kita semua hidayah untuk terus berada di atas sebuah kapal syariat yang sedang belayar menuju ke sebuah destinasi akhir. Tiada kapal lain yang lebih utuh dan kukuh melainkan kapal Islam yang mampu membelah badai duniawi menuju ke tempat yang hakiki bertemu Ilahi.

0 comments:

Post a Comment