HTML Content

Thumbnails allows any HTML content

Customizable

Thumbnail style is customizable

Variety of Layouts

Just a CSS tweak.

Integration

Built-in functions for the thumbnails

Wednesday, March 30, 2011

Hatiku Milikmu


"Man kau dah siap? cepatlah sikit...Kan Ketua pengawas tak bagi masuk Dewan karang,baru padan muka."Laung Dannis kepada Azman. "Kejaplah,Aku nak pakai tali leher je ni.Jangan tergopoh-gopoh,tak elok."Azman cuba menenangkan sahabatnya itu sambil dia berlari keluar dari asrama.

Azman melihat Dannis sudah jauh berjalan."Woiii tunggu aku" Azman berlari-lari mengejara Dannis. "Wei,kata jangan tergopoh-gopoh,yang ko sampai berpeluh macam baru habis larian pecut ni apsal?"Danni smenyindir Azman. "Sape suruh ko tak tunggu"Marah Azman. Dannis yang suka mengenakan kawan-kawannya hanya tersenyum sahaja.

Di dalam dewan peperaiksaan mereka berjaya menjawab dengan baik.tidak sia-sialah mereka bersengkang mata semata-mata mahu cemerlang dalam SPM kaliini.Hari itu adalah hari terakhir bagi peperiksaan yang perlu mereka hadapi.Beg dan pakaian semua telah disiapkan.Azman dan Dannis tidak sabar untuk pulang ke kampung. Namun sebelum pulang,mereka merancang untuk berkelah di tepi pantai. Nak hilang stress katakan.

"Wei cepatlah mandi,lembab betul la ko ni Dannis.Aku dah sampai kat tengah laut dah ni" Laung Azman dengan seronoknya. Dannis berlari-lari anak menuju ke pantai. Mereka memang betul-betul ingin melepaskan segala bebanan semasa belajar dahulu,sampai dua jam mereka mandi. Mereka betul-betul puas kerana dapat melepaskan segala keletihan dan penatlelah semasa belajar dahulu.

Mereka berdua berjalan ke tempat beg pakaian mereka. "Woii kau curi makanan kami ye.." jerkah Azman kepada seorang budak perempuan yang sedang makan makanan ringan mereka.Lantas Azman mengambil kayu untuk memukul budak itu. Dengan secepat kilat Dannis menghalang Azman."Man!!! apa kau nak buat ni?Cuba kalau kita tanya dulu kenapa dia makan makanan kita,ntah-ntah dia lapar sangat ke.."marah Dannis. Azman menurunkan Kayu yang di angkatnya.Dia terkesima dengan jerkahan Dannis tadi



"Adik,kenapa dengan adikni???" Tanya Dannis lembut. Gadis itu menangis teresak-esak kerana terkejut ketika di marahi azman tadi. "Saya lapar, saya lapar. Saya minta Maaf" Esak Gadis itu sambil mencapai sebatang kayu dan ingin berjalan pergi. Dannis dan Azman terkejut,rupa-rupanya Gadis itu buta.Lantas Dannis menghalang gadis itu daripada pergi."Adik,Jom makan sama-sama,maafkan kami kerana marahkan adik tanpa usul periksatadi".Dannis menarik perlahan-lahan kayu yang dipegang oleh gadis tersebut.Azman berasa amat bersalah kerana memarahi gadis tersebu ttanpa usul periksa. Dia cepat-cepat menyapukan jem di roti dan dihulurkan kepada gadis itu."Dik,kami minta maaf dik"Mohon Azman.



"Takpe,saya sudah biasa di marahi"Ujar gadis itu sambil menahan sendu tangisnya."Saya Dannis dan ini kawan saya Azman,adik nama ape?" Tanya Dannis sambil mengunyah roti. "Saya Fatin"Jawab gadis itu. "ape yang adik buatkat sini? Mana mak dan Ayah adik?"Tanya Azman lagi. "tiba-tiba air mata mengalir lagi menyusur laju di pipi mulus Gadis buta itu."Mak dan ayah saya telah membuang saya.Sudah dua hari mereka tinggalkan saya disini.Mereka malu kerana mempunyai anak yang buta seperti saya.Sedangkan Adik saya yang baru lahir cantik dan normal"Esakan Fatin semakin laju.

Dua sahabat itu mengucap panjang.tidak pernah terlintas di benak pemikiran mereka ada ibu-bapa yang sanggup melakukan perkara itu.Dannis tunduk mendiamkan diri.suasana hening seketika hanya dihiasi kicauan sang burung dan desiran manja bayu laut. "Dik,Adikanggaplah adik sudah mempunyai seorang abang,Insyallah adik boleh menjadi sebahagian dari keluarga saya"Dannis memujuk. Fatin hanya tersenyum."masih adakah manusia didunia ini yang sudi menerima saya yang buta ini,mak dan yah sendiri pun membuang saya bagaikan sampah,inikan pula orang lain"kali ini esakan fatin semakin kuat.


Dua sahabat itu tersentak. mereka merasa amat pilu mendengar penderitaan yang di alami oleh Fatin."Dik,Saya janji akan jaga adik seperti adik saya sendiri"Dannis memujuk dengan bersunguh-sungguh."Dik,mari kita balik ke rumah kita,nanti saya kenanlkan dengan mak dan ayah.InsyaAllah Mak dan ayah dapat menerima adik dengan baik." Setelah berkali-kali dipujuk oleh Dannis,akhirnya Fatin mengalah.

"Assalamualaikum.Mak...Ayah..."Laung Dannis. "Waalaikumusslam" Ibu dan ayah Dannis berlari-lari anak apabilamendengar suara anak tunggal mereka diluar sana. Namun apabila mereka melihat kelibat Dannis bersama-sama dengan seorang gadis larian mereka terhenti. "Dannis..."Ibunya cuba bertanya namun cepat-cepat dannis meletakkan jari telunjuknya di mulutnya. "Mak,sekejap lagi Dannis ceritakan segala-galanya kat mak"bisik Dannis sewaktu bersalam dengan orang tuanya itu.Ibunya hanya tersenyum. Dia tahu anak tidak itu akan melakukan perkara yang dilarang oleh agama dan orang tuanya.

"Err,anak ini nama ape ye"tanya ibu Dannis. "Saya Fatin makcik"Jawab Fatin tergagap-gagap. sebenarnya dia masuk takut.dia takut ibu dan ayah Dannis tidak dapat merimanya sebagai anak. Selepas mereka selesai menjamu selera,Ibu Dannis memimpin tangan Fatin menuju ke bilik yang dikemas oleh Dannis untuk Adiknya Fatin. "Ya,dia adikku Fatin". Getus hati kecil Dannis."

Ketika Fatin sedang berehat dibiliknya,Dannis menceritakan segala-galanya kepada ibu dan ayahnya. dia juga memberitahu hasrat hatinya agar keluarganya menerima Fatin sebagai adiknya yang bongsu.Ibu-bapa Dannis tidak keberatan untuk menunaikan hasrat mulia anak lelakinya itu,bahkan mereka memuji sikap Dannis yangselalu mengambil berat dan menolong orang yang dalam kesusahan.

"Abang Long,Jom temankan Adik bersiar-siar" ajak Fatin. Semenjak keluarga itu menerima dirinya sebagai anak,dia telah memanggil Dannis dengan panggilan Abang Long dan keluarga Dannis memanggil Fatin dengan panggilan Adik. "Jom,Dannis memegang kayu yang dipegang oleh Fatin."Abang long,kenape abang long selalu memgang kayu yang adikpegang,kenapa abang long tak pernah memegang tangan adik semasa kita bersiar-bersiar"tanya Fatin. Dannis terkejut,dia tidak tahu bagaimanamahu menjelaskan kepada Fatin. "Dik,walaupun sekarang adik adalah adik abang long,tapi Adik tetap mahram abang,Allah melarang kita memegang mahram kita"dannis cuba menerangkan situasi sebenar kepada Fatin. Fatin menggaguk-angguk faham."Ya,adik mahram ku,namun abang boleh memegang tanganmu adikku,dengan satu syarat...."getus hati Dannis. "Syarat???" dirinya bertanya.

Setelah keputusan SPM diumumkan,Dannis telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara.Berita gembira itu disampaikan kepada kedua orang tuanya dan adiknya Fatin. "Dik,abang long dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara,Adik bangga tak dengan abang?" dannis cuba berseloroh. Tiba-tiba air mata Fatin menitis,setelah sekian lama air mata itu digantikan dengan sinar bahagia. "Ye adik bangga dengan abang long,tapi adik sedih kerana akan berpisah dengan abanag long,selama ini abang long yang banya mendenga rmasalah adik, adik sayangkan abang long"Tangis Fatin. Dannis terkejut.'Dik,abang long pergi hanya 4 tahun sahaja dik..selepas abang long akan kembali semula untuk jaga adik"pujuk Dannis. "Abang long janji ek jangan tinggalkan Adik lagi selepas itu..Janji?"tanya Fatin. "Abanglong janji dik"Dannis berjanji kepada adiknya itu.

Ketika dilapangan terbang Fatin menangis teresak-esak.Selepas ini tiada lagi seorang abang dan seorang kawan yang selalu membagiakan dirinya.Sebelum Dannis melangkah pergi Fatin sempat membisikkan sesuatu yangmenyebabkan titisan jernih mengalir keluar dari mata Dannis."AbangLong,Adik sayangkan abang,adik bahagia bersama abang"bisik Fatin sambil menangis. Dannis hanya mampu melambaikan tangan kepada mereka semua.Dia harus kuat untuk berjalan menuju ke gerbang ilmu. "Abang pun sangat sayangkan adik,tunggulah kepulangan abang." Hatinya berkata sendirian.



Sepanjang berada dalam penerbangan,air mata Daniss tidak putus-putusmengalir.tiba-tiba ia tersedar."perasaan apakah ini? Ya Allah,kenapakah hati sudah begitu merindui adikku,padahal baru sahaja aku berpisah dengannya."Dannis semakin sedih bila mengenangkan adiknya yang buta itu.Dia tidak tahu siapakah yang akan menjadi teman kepada fatin setelah ketiadaannya nanti.segala kenangan bersama fatin berputar dengan sendiri...

"abang long,adik ni memang lembab ke? kenapa adik susah sangat nak ingat ayat-ayat quran yang abang baca.Adik nakjadi macam abang long,dah boleh ingat ayat-ayat Quran yang panjang-panjang."Fatin mengomel sendirian apabila dia tidak dapat menghafal beberapa surah dengan baik. "bukan macam tu dik,adik abangpun hebat juga menghafal,cuma adik kan baru seminggu mula menghafal,kira dah hebat tu."Fatin ketawa kegirangan apabila dipujioleh Dannis.

"abang long..apa cita-cita abang long?"tanya Fatinketika mereka bersiar-siar."Abang long nak mati syahid."jawab Dannis sambil tersenyum. Fatin tersentak."abang long nak tinggalkan adikke?mati syahid tu ape?"tiba-tiba suara fatin menjadi serak seolah-olahingin menangis. "Adik...semua manusia akan mati,abang long pun akanmati. Tapi abang Long nak mati syahid. Mati syahid ni satu kematiaan yang paling mulia di sisi Allah. Kita mati kerana memperjuangkan agamanya.Kita mati kerna mengikut jejak langkah Rasul yang Agong Muhammad Rasulullah."terang Dannis. "kalau macam tu,adik pun nak mati syahid juga la abang long. Adik nak jadi macam Zainab Al-Ghazal iseperti yang abang long cerita kat adik.Tapi abang long...Adikbuta,macam mana adik mahu berjuang?"Suara Fatin masih serak kesedihan."Adik,Allah tidak menilai perjuangan kita ni dengan kehebatan rupa paras kita,adik berdoalah kepada Allah agar dibukakan jalan untuk kita semua menuju syahid."pujuk Dannis.

Sudah 2 tahun Dannis berada di negara orang.Hatinya selalu merindui keluarga di kampung. Diabersyukur kepada Allah SWT kerana mempertemukannya dengan para sahabat yang sama-sama ingin mendaulatkan Islam di kampus itu. Walau jadual pelajaran perubatannya terlalu padat,dia tidak lupa untuk mengikuti program-program Islam di kampusnya. Dia juga banyak menganjurkan program bantuan kemanusiaan ke Palestin.Melihat kesedihan yang di alami oleh rakyat palestin,hatinya menangis." dimana tanggungjawab ku sebagai ummat Muhammad?"Pertanyaan itu selalu mengisi ruang legar fikirannya.

"Dannis,adiksakit.Doktor mengesahkan buah pinggang adik rosak teruk,Dannis doakanlah supaya adik selamat".Dannis hanya mampu mengalirkan air mata apabila mendengar suara pilu ibunya di corong tekefon. "Mak,Abang longnak cakap dengan adik sekeja."minta Dannish. "assalamualaikum abang long,abang long sihat? adik rindu sangat kat abang long."Suara lemah Fatin kedengaran. "Alhamdulillah Abang long sihat,adik sihat?"Dannis tidak mampu menahan getar suaranya. "Alhamdulillah,adik sihat.cuma demam sikit je.Abang long jangan risau tau. Abang Long,semalam adik mimpi abang long pimpin tangan adik menuju ke syurga,adik gembirasangat masa tu.Adik nak mati Syahid dengan abang long"Fatin bercerita dengan gembira. Ibu mereka berlari keluar apabila mendengar perbualanke dua-dua anaknya itu.Air matanya tidak dapat ditahan.Walaupun Fatin hanya anak angkatnya.dia amat sayangkan Fatin.Dia tidak mahu berpisahdengan Fatin.Setelah pemergiaan Dannis ke luar negara,Fatin lah yangmenjadi penghibur hatinya.

Dannis terkedu mendengar ceritaadiknya itu. "Fatin jaga kesihatan elok-elok tau,minggu depan abanglong akan balik untuk jumpa ibu,ayah dan adik."Dannis bertekad untuk pulang ke Malaysia.Namun dia terpaksa menangguhkan pelajarannya selama satu semester.Namun,dia mahu berada disisi adiknya ketika ini.

Fatinsemakin bersemagat apabila mengetahui abangnya akan kembali ke tanahair. "Mak,abang long nak balik minggu depan,mak dan ayah mesti gembira kan.."Ujar Fatin kepada Ibunya. Ibunya hanya terdiam. Dia tahu,Dannis amat sayangkan adiknya Fatin.

"Abang Long!!!" Fatin menjerit kegembiraan apabila melihat kelibat Dannis di hospital,ingin sahaja dia memegang tangan dan menciumnya.Namun,syariat tidak membenarkannya."Adik,Adik mesti kuat"Kata Dannis setelah melihat Fatin yang semakin kurus dan pucat. "Abang long,Adik teringin sangat ingin mencium tangan abang long,tapi adik tahu syariat tidak membenarkan adik berbuat demikian."Suara Fatin bercampur sebak. Dannis merasakan sudah tiba masanya dia memberitahu isi hatinya kepada Fatin. "Adik,adik boleh ciumtangan abang long,tapi dengan satu syarat."Dannis menarik nafaspanjang. "Apa syaratnya abang long?" Fatin tidak sabar mendengarnya.Ibu dan ayahnya mengerutkan dahi kehairanan. "Syaratnya Adik mesti menjadi isteri Abang long."Dannis menghabiskan ayat-ayat tersebutdengan pantas. terbeliak mata ke dua-dua orang tuanya. Fatin bagaikan mahu pengsan mendengar semuanya itu.Dia tersipu-sipu malu. "Abang,Adik juga menyintai abang sebenarnya"getus hati fatin.

Melihat gelagat Fatin,Fahamlah Dannis. "Mak...ayah..izinkanlah Dannis mengahwini Fatin. Syariat tidak pernah mengharamkan seorang abang angkat mengahwini adik angkatnya. Dannis harap mak dan ayah merestui Dannis"Dannis bangun dan memeluk ibunya. Ibunya hanya mengganguk dan menangis kegembiraan."Sungguh tulus hatimu anakku,kau sanngup berkorban demi adikmu." Hati ibunya berbunga kegembiraan kerana mempunyai anak seperti Dannis.

Perkahwinan mereka dilaksanakan dengan serba sederhana di hospital itu. Air mata Fatin membasahi tangan Dannis ketika ia mencium tangan Dannis. Tangan orang yang telah membawa sinar kebahagiaan kepadanya. "Abang long,adik gembira sangat hari ni."Kata fatin sambil tersenyum. "ishh,bukan abang long dah la,abang je..dan bukan adik dah, tapi sayang abang." Dannis bergurau dengan Fatin.

Minggu berganti minggu,penyakit Fatin semakin teruk. Fatin memerlukan seorang penderma buah pinggang untuk menggantikan buah pinggangnya yang rosak.Namun pada suatu pagi,seorang doktor pakar memaklumkan kepada Fatin ada seorang lelaki yang sudi mendermakan organ tersebut. Fatin berasa amatgembira.Dia melihat senyuman manis suaminya terukir apabila mendega rberita itu."Boleh saya tahu siapa penderma itu"tanya fatin. "Maaf puan,dia mahu saya rahsiakan identitinya kecuali selepas dia meninggal"terang doktor itu.

Fatin memegang erat tangan suaminya,hatinya begitu gementar untuk menghadapi sesi pemindahan organ itu."Sayang,abang sentiasa di sisisayang,sayang jangan takut ye."Pujuk Dannis.Fatin cuba tersenyum apabila mendengar kata suaminya itu. "Abang,kalau apa-apa berlaku kat sayang,abang jaga....."Fatin cuba menghabiskan kata-katanya,namun Dannis cepat-cepat meletakkan jari telunjuknya ke bibir fatin dengan lembut. "Sayang mesti kuat,Sayang sanggup ke tinggalkan abang? Hanya sayang yang abang cintai.Jadi sayang mesti sentiasa bersama abang dalam melayari rumahtangga nanti" Dannis memujuk lagi. Dannis tidak dibenarkan masuk ke bilik pembedahan,dia hanya mampu melambaikan tangan dan memanjatkan doa kepada Sang Pencipta Agar menyelamatkan isterinya.

"Dannis..sudah2 tahun Dannis menannguhkan pengajian Dannis di Mesir,Dannis tak mahu teruskan ke?"Tanya ibunya ketika mereka sedang berehat di halamanrumah.dengan mata yang redup Dannis menarik nafas panjang sambil memerhatikan Fatin yang bermain-main dengan Daniel Anaknya. ''Entahlah mak,Saya tak sanggup meninggalkan Fatin dan Daniel.Tapi mungkin saya akan sambung pelajaran di UM sahaja.Bolehkan mak?'' Dannis memegang tangan ibunya. Ibunya hanya tersenyum.

"Daniel,jom ikut Abi kemasjid."Panggil Dannis kepada anak lelakinya. Daniel berlari-lari anak mencapai kupiah kecilnya. "Daniel,semoga Daniel akan menjadi anak yang soleh yang akan memberi syafaat kepada abi dan umi,semoga Daniel akan menjadi seorang Hafiz yang berjalan di atas jalan jihad."Bisik Dannis kepada anaknya. Daniel terpinga-pinga tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh ayahnya itu. Namun bisikan itulah yang selalu dibisikkan ke telinga anaknya setiap kali dia mengajak anaknya untuk bersolat.

"Dannis,enta telah terpilih untuk menyertai Misi jihad Palestin. Para pimpinan HAMAS telah bersetuju untuk memilih enta setelah melihat kesungguhan enta dalam menjalankan tanggungjawab enta di mesir dahulu."Pesan seorang rakan. Hati Dannis gembira bercampur sedih. Gembira kerana cita-catanya untuk turun ke medan jihad palestin telah di makbulkan Allah,namun ia sedih kerana terpaksa meninggalkan ibu-bapa,Fatin dan Daniel. "Wahai Dannis,sesungguhnya Allah akan menjaga keluarga seandainya kamu menjaga agama Allah,ingat Dannis,cintautama adalah Allah."Suara Iman Dannis berbicara. Dannis tersentak."Ya,kerana Allah akan ku tinggalkan keluarga ku ini."Dannis membulatkan tekad.

Dannis menunaikan solat hajat agar Allah memberikan kekuatan kepadanya untuk sampai ke medan pertempuran di palestin.dihujung sujudnya Dannis berdoa. "Ya Allah,seandai aku telah engkaupilih untuk memegang lencana mujahid Mu,ku mohon kepada Mu Syahidkanlah daku. Ya Allah Tuhan yang Maha Pemelihara,pelihara keluarga dari sebarang bencana dan kejahatan,Kau matikanlah ayah dan ibu ku dengan sebaik-baik kematian. Ya Allah yang Maha pengasih,kau perkenankanlah doa isteri ku untuk menjadi seorang syuhada,tunjukilah jalan jihad kepadanya. Ya Kahhar,perkenankalanlah doa ku ini,Kau jadikanlah anakku Daniel sebagai seorang Mujahid penghafaz Quran agar dia dapat menggoncang dunia dengan perjuangannya. Ya Allah yang Maha pengasih,Kau kumpulkanlah kami sekeluarga Di syurga FIRDAUS,kerana itulahsebaik-baik tempat yang kekal abadi. Ameen Ya Allah." Dannis menyekat airmata setelah selesai solat.

Dannis menarik nafas panjang,dengan perlahan-lahan dia menghampiri ibu dan ayahnya. "Mak...Ayah...Mak dan ayah gembira tak jika Dannis terpilih untuk mati Syahid?" Tanya Dannis sambil tersenyum. Ibu dan Ayahnya kehairanan. "Tentulah kami gembira,itukan sebaik-baik kematian"Jawab ayahnya. "jika itu perasaan mak dan ayah, Izinkanlah Dannis turun berjihad menentang Israellaknatullah di Palestin.Saya mohon mak..ayah." Dannis memegang erat tangan ibunya. Setitis demi setitis air mata ibunya mengalir. namun dia bangga kerana anak yang dikandungnya ini bakal menjadi seorang mujahidyang menjalankan tugas para nabi. "Dannis anak mak, Mak redha untuk Dannis turun ke berjihad.Berjihadlah seperti Abdullah Bin Rawahah yang tidak pernah undur walau badan dicincang lumat. Teruskan niat suci muwahai anakku."Ibunya mencium ubun-ubun dan dahi Dannis.

"Terima kasih mak..ayah. Cuma satu je permintaan saya,mak dan ayah jagalah Fatin dan Daniel. Mak dan Ayah didiklah mereka agar menjadi seorang hamba Allah yang taat. Mak,seandainya sebulan selepas Dannis turunbertempur mak dan ayah tidak menerima apa-apa berita tentang Dannis,Itu bermakna Dannis telah gugur di medan jihad sana. Doakanlah agar Allah menerima segala amal yang Dannis telah buat."Dannis mencium tangan ayahdan ibunya.

Perlahan-lahan Dannis mengetuk pintu biliknya. Fatin sedang cuba menidurkan Daniel. Dannis duduk di sisi isterinya.dia memegang ke dua-dua bahu isterinya itu. Dia menatap wajah manis isterinya. ''Sayang..abang terpaksa kembali ke mesir...dan selepas itu abang akan turun ke palestin"Kata Dannis sambil memerhatikan isterinya.Wajah Fatin tenang mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut suaminya itu. "Tapi kali ini abang turun bukan menjalankan misi kemasyarakatan,abang akan turun ke medan pertempuran.Seandainya Allah mentakdirkan abang syahid disana,Sayang jaga diri dan Daniel dengan baik"Dannis menyekat air mata yang mula turun di pipi isterinya itu.Fatin hanya terdiam. "Sayang isteri abang,abang tunggu sayang dan Daniel di pintu Firdausi.itu kan cita-cita kita bersama."Daniel memeluk Fatin. "Abang...terima kasih atas segalanya,terima kasih kerana sudi menyayangi Sayang dan membahagiakan sayang.Kenangan Cinta dan kasih sayang kita akan sayang kenang sehingga ke akhir hayat.Sayang akan jadikan kasih sayang abang berikan ini sebagai kekuatan untuk sayang terus berjuang dan mendidik Daniel.Doakan juga agar Allah sudi memilih sayang untuk mengikut jejaklangkah abang."Fatin terus teresak-esak dalam pelukan suaminya itu.

"Ummi..Abi...kenapa menangis?" tiba-tiba Daniel tersedar. Dannis merangkul Daniel. "Daniel anak Abi,nanti jika Abi tiada,Daniel jaga ummi ek."kata Dannis sambil mencium dahi anaknya itu. "Abi nak pergi mana?Abi nak tingglkan Daniel dan Ummi ke?"Tanya Daniel kebingungan. "Ye sayang,Abi mahu hancurkan para musuh-musuh Islam.Nanti bila Daniel besar,Daniel mesti jadi seorang mujahid.Boleh anak abi?"Daniel memeluk anaknya itu erat.



Pagi itu Danniel bangun tanpa dikejutkan oleh suara Abinya. Daniel berlari-lari mencari abi. "Ummi,abi pergi mana Ummi?" tanya anak berumur 2 tahun itu. Air mata mengalir lagi di pipi Fatin. "Sayang,Abi telah pergi berjuang menentang para penjahat yang menentang agama Allah. Daniel mesti ingat pesan abi."Fatin memeluk anaknya itu.hanya itu harta yang ada padanya. Daniel mengguk-angguk perlahan. "Daniel nak jadi pejuang macam abi,Daniel nak lawan orang jahat."jerit Daniel.

Dimedan pertempuran,Dannis telah diarah menjadi pejuang barisan pertama.Dia menyerang para musuh Allah itu tanpa rasa gerun.seorang demiseorang musuh Islam itu rebah terkena peluru M16 Dannis.Kelengkapan senjata mereka amat terhad. Mereka hanya menggunakan senjata yang sudah ketinggalan zaman. Namun semua pejuang itu tidak pernah gentar,dibibir mereka sentiasa menyebut kalimah suci "ALLAH".

Tiba-tibaDannis terpijak perangkap ranjau yang di pasang oleh musuh. Kakikanannya hancur. Namun tangannya masih gagah membidik para tentera Israel.Semakin lama Dannis semakin lemah. "Laailahaillah"perlahan-lahan Dannis mengucapkan kalimah agung itu. Dannis melihat Para syuhada telah melambaikan tangan kepadanya sambil tersenyum. Dannis terbang menuju kearah mereka.Dia melihat sekujur tubuhnya yang kaku di bawah diusungoleh sahabat-sahabatnya. Dia melihat ayah,ibu,Fatin dan Daniel sedang melakukan solat hajat khas untuknya. Dannis tersenyum. "aku menunggu kalian di pintu syurga wahai orang yang ku sayang."



"Assalamualaikum,saya doktor Azrul sahabat kepada Dannis."Azrul memperkenalkan diri kepada ayah dan ibu Dannis. "ye,saya ayah Dannis.ada apa-apa perkhabaran dari Dannis?"Tanya Ayah dannis tidak sabar. "Pakcik,saya membawa dua amanah dari Dannis,Pertama, Dannis telah diterima oleh Allah sebagai syuhada."Ujar Azrul. Berlinang air mata ibunya. Fatin yang mencuri-curi dengar dari dapur jatuh terduduk.Dia memeluk Daniel. "Sayang, Allahtelah menerima Abi. Abi sudah tiada"ujar fatin dalam sebak. mata anak kecil itu berkaca.mungkin dia juga dapat merasai pemergiaan abinya.Daniel mencium dahi Umminya. "Ummi,Daniel akan jaga ummi,Daniel nakjadi mujahid macam abi."Kata anak kecil itu dalam tangis.

"Pakcik,sayaj uga membawa amanat dari Dannis agar melaksanakan pembedahan pemindaha nmata untuk isterinya.Segala Perbelanjaan akan di tanggung olehsahabat-sahabat Dannis."kata Azrul sambil merenung ke wajah ayahDannis. "Siapa dermawan yang mendermakan matanya untuk fatin?" Soal IbuDannis. "pemilik mata tersebut mahu saya rahsiakan perkara ini sehinggaFatin selesai menjalani pembedan tersebut"terang Azrul.

Fatin begitu gembira kerana dapat melihat anak kesayangannya. Fatin menatap lama-lama gambar As-syahid suaminya.Dia merasa amat dekat denganAs-syahid.kerinduan menyelinap ke sanubarinya. di hospital inilah dia diijabkabulkan. Disinilah suaminya melamarnya. Fatin sudah penat menangis,dia mesti kuat.itulah pesan suaminya yang akan ia taati walau suaminya sudah tiada.

"Doktor,seperti yang doktor janjikan tempoh hari,setelah saya selesai menjalani pembedahan ini,doktor akan beritahu kepada kami siapa pemilik mata ini yang sebenar."Tanya Fatinkepada Doktor Azrul. Azrul menarik nafas panjang. "sebenarnya mata itu adalah milik..."Azrul cuba menahan tangis apabila mengenangkan sahabatnya itu. "sebenarnya mata itu adalah milik Dannis"Dengan cepat Azrul melunaskan kata-kata itu. Semua yang berada di wad itu mengalirkan air mata."Dannis betapa tingginya kasih sayang mu kepada Isterimu."Getus hati Azrul.

"Seperti yang saya janjikan sebelum ini,Saya akan beritahu siapa penderma buah pinggang untuk Fatin suatu ketika dulu. Ini kerana pemilik buah pinggang itu telah tiada didunia ini."Bagitau Doktor Ali. Suasana hening seketika. "Dannis...Dannislah yang mendermakan buah pinggangnya untuk fatin."Ujar Doktor Ali. Fatinmenangis teresak-esak. "Abang,sungguh banyak pengorbanan abang untuk sayang.Sayang takkan sia-siakan pengorbanan abang ini.

"Abang,hatiku ini milikmu"...Fatin memeluk Daniel.

0 comments:

Post a Comment