HTML Content

Thumbnails allows any HTML content

Customizable

Thumbnail style is customizable

Variety of Layouts

Just a CSS tweak.

Integration

Built-in functions for the thumbnails

Thursday, April 21, 2011

Malunya Seorang Wanita Islam : Antara Tuntutan dan Keperluan

sedikit perkongsian
ku hadiahkan buat sahabat-sahabatku
tegakkan tarbiyah, lentur dirimu dimana masih bengkok,
kapada muslimat-muslimat bakal pencetus, pendokong ke arah membina generasi Salahuddin al-Ayyubi dan Muhammad Al-Fateh...

MUKADDIMAH 

Dulu-dulu saya ada ditanya oleh bekas pelajar saya ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog dan friendster. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang mempunyai sifat malu yang tinggi untuk dia sewenang-wenangnya mendedahkan diri dan mukanya kepada khalayak ramai tanpa tujuan yang dibenarkan. Sebentar tadi saya baca buku "makarimul akhlak Fil Islam" yang tentang kisah seorang wanita yang malu mendedahkan mukanya di mahkamah perbicaraan Islam. Oleh itu saya ingin menulis tentang malunya seorang wanita. 

MALUNYA WANITA DALAM QURAN

Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt: "Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib AS datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib AS ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur. Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi. 

Friday, April 15, 2011

Pidato Ustazah Cilik


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

saya nak ngepek ni (saya nak membebel ni). kalau tok ngepek tok jadi (kalau tak membebel tak menjadi).

tengok loni (tengok sekarang ni), koho sari koho berat (semakin hari semakin teruk), koho sari koho berat (semakin hari semakin teruk)....
...
...atau pun takpo (atau pun tak mengapa). anok nak ngaji sekolah tadika pun tak buleh (anak nak belajar sekolah agama pun tak bagi). kalu ngaji sekoloh siam phado sangat (kalau belajar sekolah kebangsaan (siam) ambil berat sangat). pagi2 gi hantar (pagi-pagi pergi hantar, petang gi amik (petang-petang jemput pulang). pagi2 gi hantar, petang gi amik.

ikut po (ikut semua kehendak), beli belako (beli semua). kalu sekolah tadika cikgu mitok duit sekok (kalau sekolah agama cikgu minta duit sepuluh sen), dua kok (dua puluh sen), ngepek slalu (membebel selalu). ooo berat ore tua peseng ning (ooo teruk betul perangai ibu bapa macam ni).

anok daro tu eh (Eh, anak-anak perempuan tu!). acu pakat mugheh getek eh (tolong nasihat/marah sikit). ning anok daro geletik gelenya supo cacing kena cok (ini tidak, anak perempuan gedik2 macam cacing kena mata cangkul). paka baju koho sari koho napok sikat (pakai baju semakin hari semakin singkat). supo barut nako (macam pembalut nangka). kain klubung tok paka yak atas palo (kain tudung tak pakai langsung atas kepala). dok kace turut dara siam (tiru cara pemakaian artis Siam). dara siam takpo la dio kafir (artis siam tak mengapa la sebab diorang kafir). dia telanye pun dia buleh duit (diorang bogel pun dapat duit).

tuan pulok asal ko comei supo jewok kabuk (empunya diri plak, dah la tak cantik, macam biawak 'kabuk'). naik motor nah dua tiga (naik motorsikal membonceng sampai dua tiga orang). broom kok tu (broom! ke sana). breem kok ni (breem! ke sini). ooo berat (oooh, teruk/dahsyat!). tok pade ngn tino garik (tak padan dengan perempuan).

pete ko tok pete duk cuk sekolah lagi (petang-petang pun masih pakai uniform sekolah lagi). Smaye asar tok tahu priye mano (solat asar tak tau masa mano), bo ngorik paka cuk tido (masuk je waktu maghrib terus pakai pakaian tidur). penuuuh, dok main atas temok (penuh duk lepak atas/tepi jalan).

penoh pakat thow tharosat (semua guna hand phone). thow pulok lamo2 (berborak dgn telefon bimbit lama-lama). duk thow cari palo bapok apo tok tahu (berborak ape benda pun tak tahu la).

toksoh ngaji ngaji la kalu gatal sangat gok (tak payah bersekolah la kalau dah gatal sangat). berlaki la (berkahwin terus la). ooo alo perut ku tengok puok ni (oooh serabut perut aku tengok manusia macam ni).

Tuesday, April 5, 2011

Pesanan Buat Wanita (Wanita Ideal Dalam Islam)


Baiklah, boleh Tok Guru berikan gambaran bagaimana kehidupan wanita yang ideal dalam Islam? 

Yang saya naknya, kalau boleh seorang wanita menjaga anak-anak, kerana inilah perkara pertama yang Allah SWT ciptakan wanita. Ini kerana, bila seorang suami seawal pagi telah pergi berkerja, maka anak-anak akan berada di atas riba ibu. Maka ibulah yang membentuk sahsiah anak kita. Dan, Nabi Muhammad SAW bersabda, tiap-tiap seorang bayi sewaktu dilahirkan adalah dalam keadaan bersih. Jadi, ibubapalah yang menjaga peribadi dan jasmani anaknya. 

Bapa terpaksalah keluar rumah mencari harta, dan kita dipesan oleh Islam bahawa harta yang kamu cari mestilah halal kerana barang halal ada khasiatnya. Begitu juga barang haram, ada khaisatnya juga. Contohnya seperti garam dan gula, masing-masing ada khasiatnya secara material. Dalam Islam, selain dari masalah material, ada lagi perkara yang disebut moral. Harta haram walau bagaimana enak sekalipun, ada khasiatnya iaitu mengeraskan qalbu (hati) manusia, menjauhkan manusia dari iman dan mendekatkan manusia kepada kufr. 

Jadi oleh yang demikan, ibu yang ada di rumah hendaklah jaga anak-anaknya, sebab anak akan kenal ibu lebih dari dia kenal bapa. Ini kerana percakapan ibulah yang banyak didengari oleh anak-anak. Anak melayu dia boleh bercakap melayu kerana ibu. Tetapi kalau anak melayu duduk di atas pangkuan ibu yang cina, maka di akan tahu bahasa cina lebih dari bahasa melayu. Ini kerana bahasa adalah suatu perkara yang tidak boleh dipusakai. Jadi oleh yang demikian, seorang ibu yang mustahak ialah jaga anak dan kalau boleh sebagaimana cerita-cerita orang sufi, waktu seorang ibu nak beri susu dada pada anak, kalau boleh dia hendaklah ambil wudhu’ duhulu kemudian di susuli pula dengan lafaz bismillah. Insha’Allah, anak ini akan menunaikan kehendak ibunya, kerana kerberkatan perbuatan ibunya tersebut.Akhirnya dengan ini, maka jadilah dia benar-benar ibu yang sejati.

Wawancara bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 5 Mei 2005

Pesanan Buat Anak Muda


Soalan terakhir, boleh Tok Guru tinggalkan sedikit pesanan untuk anak-anak muda kita?  

Anak-anak muda adalah pelapis bagi ibubapa yang sudah menjengah usia tua. Dan anak muda sendiri pun sedang menuju ke zaman tua. Oleh yang demikian, selain kita berfikir tentang masalah akhirat, kita juga mesti berfikir masalah tua. Kalau setiap manusia berfikir tentang masalah tua, maka masalah akhirat selamatlah dia. Jadi muslim khasnya, perlulah berfikir mengenai masalah masadepan; maksud masadepan ini bukannya masalah tua sahaja, tetapi ia turut merujuk kepada padang mashyar. Apa sahaja yang berlaku di atas dunia ini – mahu tidak mahu – kesannya di akhirat nanti. Dunia ini merupakan Photostat saja bagi akhirat. Kita kena tahu, hidup kita atas dunia ini ada malaikat. Kerja malaikat ini ialah ambil gambar kita, catat kehidupan kita dll untuk ditayang semula di padang mashyar sebagai saksi. Ini perkara yang tidak dapat manusia nak ubah. PBB sendiri pun tidak boleh membuat keputusan untuk mengubah akhirat.

Jadi oleh yang demikian, setiap anak-anak perlu disemai dengan akhirat. Dan Islam mengajar kita setiap kali kita sembahyang, maka wajib kita baca fatehah, kerana dalam fatehah kita menyebut, “…engkaulah yang menguasai hari pembalasan”. Ini menunjukkan, di hari akhirat kelak hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa. Kerajaan Kelantan tidak ada pada masa akhirat kelak, kerajaan Malaysia juga tidak ada di akhirat kelak, begitu juga dengan kerajaan Amerika. Ketika itu yang ada hanyalah kerajaan Tuhan. Jadi apabila di akhirat kelak hanya ada satu kerajaan sahaja, maka segala-gala apa yang ada di dunia ini mestilah dijuruskan kepada akhirat. Maka dengan sendirinya kita tidak akan melakukan kezaliman, kejahatan dan penindasan sebab setiap perbuatan kita akan menjadi saksi di akhirat kelak. Inilah benda yang mesti kita semat dalam kehidupan kita.

Saturday, April 2, 2011

Andai Malaysia Diserang


Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain….
Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?
MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.
(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia …