HTML Content

Thumbnails allows any HTML content

Customizable

Thumbnail style is customizable

Variety of Layouts

Just a CSS tweak.

Integration

Built-in functions for the thumbnails
Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

Lebah Oh Lebah...


Lebah adalah diantara makhluk Allah yang terukir dalam lembaran Al-Quran. Allah S.W.T telah mencipta lebah dengan sifat-sifat istimewa yang memberikan banyak manfaat kepada manusia. Antara ayat yang merakamkan kisah tentang lebah ini ialah:

''Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, buatlah sarang-sarang dibukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.'' (QS An-Nahl (16): 68-69)

Jadilah seperti lebah:

1- Tidak Mematahkan Dahan Tempat Bersarang

Sifat lebah ketika membina sarangnya, mereka akan memastikan dahan yang akan mereka bina sarang itu kukuh dan sarangnya itu tidak menjadi beban yang boleh mematahkan dahan tersebut. Sifat ini seharusnya dimiliki oleh setiap orang yang beriman yang sentiasa berurusan dalam organisasi. Disamping memberikan sumbangan tenaga yang maksima, kita tidak akan menjadi beban atau punca masalah kepada organisasi yang terlibat.

2- Tidak Pernah Mengambil Madu Pada Pokok Tempat Bersarang

Sifat istimewa lebah, mereka tidak pernah menghisap madu pada pokok tempat mereka bersarang. Mereka akan merantau mencari madu pada pokok-pokok lain. Sifat terpuji yang ada pada sang lebah. Tidak pernah mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain.

3- Mempertahankan Diri dan Sahabat Yang Teraniaya

Sifat ini amat popular pada lebah. Menyerang mana-mana individu yang datang ingin membuat kacau dan huru-hara. Pantang diusik, mereka pasti bertindak balas. Mempertahankan organisasi apabila diserang dan bukan bertindak berkecuali atau memencilkan diri tatkala organisasi ditimpa masalah. Keterlibatan setiap individu amat penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul dalam sesebuah organisasi.

4- Meninggalkan Madu

Madu merupakan hasil terbaik yang ditinggal oleh sang lebah. Memberikan banyak manfaat kepada orang ramai. Apabila kita meninggalkan sesuatu tempat atau organisasi, pastikan kita meninggalkan nama atau rekod yang baik kepada organisasi. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk jasa baik yang telah dibuat, tetapi setiap perkara baik yang mendatangkan impak positif kepada organisasi, secara automatiknya pasti akan dikenang. 

Monday, March 21, 2011

Warkah Dari Seseorang : Tentang Aurat


Aduh...kepala masih lagi pening-pening. Lagi 3jam midsem automobil akan bermula. Sekadar mengambil sedikit masa selingan untuk menulis. Rasanya sudah lama tak menulis dan blog ini pun sudah lama menyepi dari pengisian. Errmmm...nk tulis apa yer. Sebentar tadi sempat membuka dan meneliti himpunan mesej-mesej lama dalam inbox, tiba-tiba terlihat satu pesanan dari seseorang yang tidak dikenali bertanya dan merespon teguran tentang aurat. Antara isinya:

"assalamualaikum, encik.. saya tidak menyalahkan encik kerna menegur saya,saya sedar sya islam. dan saya salah kerana meletak gmbar tidak menutup aurat..... dan sebagai seorang islam,saya tahu batas meletak gmabr di facebook..jika hendak dibandingkan dgn gambar2x org lain iatu yang berjuta yang digelar "muslim" yang lagik seksi,lagik menjolok mata dgn aksi yang terlampau...jangan menegur seseorang bersandarkan "PHYSICAL" / "GAMBAR"... Walaupun,saya meletal gamabr yg dikatakan agak seksi.. tetapi,saya jugak masih berpegang pada agama,cthnye,saya sembahyang,membaca al-quran dan paling penting menjaga kesucian perempuan.. JIKA hendak dibandingkan dgn perempuan yang "MENUTUP AURAT" tetapi dalaman ,sape yang tahu???Saya mempunyai ramai kwan perempuan iaitu "berpakaian penuh menutup aurat" tapi.MASYAALLAH,tuhan saje yang tahu... die tido dgn lelaki,pegi clubbing..dan semua2x tue.. jadik saya rasa encik tidak perlulah menegur secara "terang-terangam mcm tue" tmbah lagik di comment.bukankah ramai org dapat melihat comment encik itu....jika hendak menegur pun,menegur lah melalui mesej ok..bukan dgn cara yang boleh memalukan seseorang.. okeyh ENCIK..sperti yang saya kata tadik,JANGAN LAH MENEGUR SESEORANG ITU HANAYA BERLANDASKAN FISIKAL SEMATA2X.."